Sep 24, 2005
Semalam Yang Di Tinggalkan...

Di sini...
Impianku tercipta...

Di sini...
Mimpiku jadi nyata...

Di sini...
Penah menjadi tempat luahan bicara...

Di sini...
Aku mengenal cinta...

Segalanya bermula di sini...

Terima kasih tidak terhingga kerana sudi menjadi pembaca kepada kisah yang tidak seberapa... Terima kasih yang tidak ternilai harganya kerana kata-kata yang sering di ungkapkan... Tanpa sedar, ianya doa yang tak mungkin mampu untuk saya balas semuanya...

Tiada kata yang mampu kulafazkan... Tiada bicara yang mampu ku ungkapkan... Kalian teramat istimewa... Ku hargai segalanya... Kerana kenangan yang tercipta antara kita adalah memori indah yang tak mungkin kulupakan seumur hidupku...

Dulu kau pernah berkata
Andai kata kita bercinta
Akan kau bina mahligai
Yang terapung di langit ke tujuh
Sememangnya seakan khayalan belaka
Aku tak percaya...
Kata katamu hanya mimpi
Di siang hari
Kemarau panjang.
Berpanas jua
Berteduh tidak
Hati kecil tak memahami
Mahligai itu ada di syurga
Terangilah mata hati
Agar dapat ku mengerti...

Pssstt... jumpa saya di atilia... ;)


04:16 am :: luahan dhiya ::
Comments (9)  






Blogdrive